|
|
|
| SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG DARIPADA GURU BESAR EN FAZIL BIN AHMAD PJK.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Terlebih
dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak pentadbir sekolah, warga pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari
laman web sekolah ini. Harapan saya semoga ianya akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibbah
dengan semua pihak, untuk sama sama mempertingkat kemajuan
dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara
ini.
Sehubungan itu, saya sangat berharap semoga warga
pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan kegigihan dan bakti mulia
untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih
gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa warga pendidik di
sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah
ini.
Sejajar dengan falsafah pendidikan negara, saya juga berharap semoga para pelajar
dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan
pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang
hayat.
Akhir
kata, setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan
kerjasama sehingga sekolah ini berjaya dalam semua bidang.
Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang dan terbilang.
Wassalam. |
|
|